Seorang murid perempuan maut selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon pintar di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan pada Isnin.<br /><br />Mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12 tahun, ditemukan terbaring dekat atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar di bahagian lengan, kira-kira jam 4.50 petang.
